11 Febuari 2022 - JTMK PMS telah mengadakan Mensyuarat PALT & FA bagi Sisi 1 2021:2022. Mesyuarat ini membincangkan keputusan peperiksaan bagi pelajar DDT JTMK PMS semester ini. Mesyuarat telah berlangsung secara hybrid, iaitu secara bersemuka dan secara atas talian melalui platform Microsoft Teams. Antara yang dibentangkan pada mesyuarat tersebut adalah statistik keputusan mengikut kelas dan markah setiap pelajar mengikut kursus yang diambil.
Selain pembentangan keputusan, mesyuarat turut disertakan dengan beberapa taklimat dan penerangan tambahan antaranya adalah pembentangan senarai portfolio kakitangan bagi Sesi 2 2021:2022 dan perubahan silibus bagi program DDT yang akan berkuatkuasa pada semester baharu nanti. Pada mesyuarat kali ini juga, kami mengambil kesempatan menyampaikan cenderahati kepada pelajar yang akan menamatkan sesi LI di JTMK PMS. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.
No comments:
Post a Comment