Monday, September 12, 2022

CIDOS INSPIRING LEARNING AWARD

 

PMS telah berjaya merangkul Naib Johan bagi Kategori Penerbitan Ebook Terbaik pada malam penganugerahan Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Award Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (eDOLA X) 2022 melalui buku bertajuk BASIC CONVERSATION IN JAPANESE LANGUAGE bertempat di Politeknik UNgku Omar pada 29 Ogos 2022.

Tiga Pensyarah berkaliber JTMK telah menghasilkan penerbitan ini terdiri daripada Tengku Diyana Binti Tengku Ibrahim, Fazilah Binti Ismail dan Faezah Binti Mohd Saod. Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan kolej Komuniti, Encik Lornie Enggong, Pengarah Bahagian, Perundingan Pengurusan 2 MAMPU, serta Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti.




Sunday, June 19, 2022

KENAIKAN PANGKAT STAF JTMK

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah JTMK PMS yang telah berjaya dinaikkan pangkat ke DH 44 dan DH 48 telah melapor diri kepada pihak pengurusan PMS. Turut berlangsung juga adalah majlis serah tugas di antara mantan KP DDT. Majlis ini turut disaksikan oleh Pengarah PMS.

MAJLIS GRADUASI & MAKAN MALAM

 

16 Jun 2022 - JTMK PMS telah mengadakan Majlis Graduasi & Makan Malam bersama pelajar semester akhir DDT bagi Sesi 2 : 2021:2022. Majlis telah diadakan di Satelit Kitchen, PMS. Antara aturcara sepanjang majlis berlangsung adalah ucapan daripada Ketua Jabatan, Ketua Program dan wakil kelas. JTMK PMS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar semester akhir DDT dalam menjalani Latihan Industri semester hadapan.




Friday, March 4, 2022

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU DDT

 


Pihak Pengurusan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi mengucapkan selamat datng kepada pelajar baharu DDT Semester 1 bagi Sesi 2 :2021/2022. Seluruh warga JTMK mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu yang telah melapor diri pada 28 Febuari 2022.

PEMAKLUMAN KEPADA PELAJAR SENIOR JTMK

 


MESYUARAT PALT & FA

 

11 Febuari 2022 - JTMK PMS telah mengadakan Mensyuarat PALT & FA bagi Sisi 1 2021:2022. Mesyuarat ini membincangkan keputusan peperiksaan bagi pelajar DDT JTMK PMS semester ini. Mesyuarat telah berlangsung secara hybrid, iaitu secara bersemuka dan secara atas talian melalui platform Microsoft Teams. Antara yang dibentangkan pada mesyuarat tersebut adalah statistik keputusan mengikut kelas dan markah setiap pelajar mengikut kursus yang diambil.

Selain pembentangan keputusan, mesyuarat turut disertakan dengan beberapa taklimat dan penerangan tambahan antaranya adalah pembentangan senarai portfolio kakitangan bagi Sesi 2 2021:2022 dan perubahan silibus bagi program DDT yang akan berkuatkuasa pada semester baharu nanti. Pada mesyuarat kali ini juga, kami mengambil kesempatan menyampaikan cenderahati kepada pelajar yang akan menamatkan sesi LI di JTMK PMS. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.



Tuesday, January 18, 2022

VALIDASI PENSYARAH JTMK

 

Di doakan agar seramai 17 orang pensyarah JTMK PMS akan mencapai kejayaan dan dipermudahkan segala urusan validasi kenaikan pangkat dari gred DH44 ke DH48. Proses validasi ini bakal berlangsung pada 26 Julai 2021 hingga 30 Ogos 2021. Semoga semua pensyarah yang telibat barjaya dalam validasi tersebut.

CIDOS INSPIRING LEARNING AWARD

  PMS telah berjaya merangkul Naib Johan bagi Kategori Penerbitan Ebook Terbaik pada malam penganugerahan Pertandingan Inovasi Pembelajaran ...